Kuala Lumpur: Iskandar Malaysia dijemput sebagai rakan bandar raya atau kawasan dalam Platform Penggerak Kecekapan Tenaga Global (GEEAP).

GEEAP, program perdana tenaga mapan untuk semua inisiatif yang diketuai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah program perintis untuk membantu meningkatkan kecekapan tenaga sebanyak dua kali ganda menjelang 2030.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, Iskandar Malaysia dipilih berdasarkan Rangka Tindakan Masyarakat Rendah Karbon bagi Iskandar Malaysia yang merangkumi keseluruhan tindakan utama yang disokong oleh GEEAP.

"Menerusi inisiatif ini, Iskandar Malaysia menyasarkan 11 peratus daripada keperluan tenaga daripada tenaga boleh baharu dan 20 peratus daripada penggunaan tenaga dikurangkan menjelang 2025," katanya. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:41 AM