Ridhatul Rizki


Kuala Lumpur: Resort World Genting akan menganjurkan ‘Hotel Career Day’ pada Khamis ini bermula 10 pagi hingga 6 petang di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur.

Ia bertujuan memberi pendedahan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan syarikat terbabit.

Menurut Resort World Genting, antara peluang pekerjaan yang akan ditawarkan termasuk dalam bidang perhotelan, pelancongan, restoran dan hiburan.

“Pameran kerjaya ini sejajar dengan matlamat Resort World Genting yang akan melancarkan taman tema 20th Century Fox pertama di dunia dan pusat membeli-belah Genting Highlands Premium Outlet,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang bertemu dengan beberapa ‘orang kuat’ Resort World Genting dalam pelbagai bidang seperti Chef Kulinari Chef John Pathmanaban, Barista Richard Emmanuel, Penolong Pengurus Outlet Supri Jinal dan ramai lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.rwgenting.com.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 11:27 PM