GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Dua sistem permohonan pengambilan pekerja asing dalam talian yang beroperasi sepenuhnya 1

April lalu bertujuan mengelakkan pembabitan orang tengah.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, sistem berkenaan ialah sistem ePPAx bagi pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber kecuali Bangladesh, dan sistem SPPA bagi penggambilan pekerja asing Bangladesh sahaja.

"Kedua-dua sistem ini dibangunkan untuk permohonan pekerja asing bagi sektor formal iaitu perkilangan,

pembinaan, perkhidmatan, pertanian, perladangan tetapi tidak termasuk pembantu rumah asing.

"Sistem ini diperkenalkan bagi mengelakkan pembabitan orang tengah yang dapat meminimumkan kos

pengambilan dan pentadbiran pekerja asing, memendekkan tempoh merekrut pekerja asing serta membendung penganiayaan dan pemerdagangan ke atas pekerja asing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Alwi berkata, majikan boleh mengakses sistem ini melalui pautan www.eppax.gov.my untuk permohonan pekerja asing selain Bangladesh.

Sementara, bagi pengambilan pekerja asing warga Bangladesh majikan boleh memohon terus melalui laman sesawang portal.sppa.com.my, dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi KDN, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 9:59 PM