Azlan (empat dari kiri) meraikan sebahagian daripada penerima Sijil Kelayakan RMR1M dan kontraktor yang menerima Inden Kerja RMR1M. FOTO Hafizudin Mohd Safar
Azlan (empat dari kiri) meraikan sebahagian daripada penerima Sijil Kelayakan RMR1M dan kontraktor yang menerima Inden Kerja RMR1M. FOTO Hafizudin Mohd Safar
Hafizudin Mohd Safar


Kangar: Sebanyak 1,142 permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Perlis sudah diluluskan sejak dilancarkan pada 2002 bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 877 sudah siap dibina manakala 265 masih dalam pembinaan.

"Bagi Parlimen Kangar saja, sebanyak 191 RMR1M sudah siap dibina manakala 50 lagi dijangka siap menjelang akhir tahun ini," katanya selepas menyampaikan Sijil Kelayakan RMR1M Peringkat Parlimen Kangar kepada 39 pemohon pada majlis anjuran Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di di sini, hari ini.

Azlan turut menyampaikan Inden Kerja RMR1M Peringkat Parlimen Kangar kepada 18 kontraktor yang dilantik untuk membina 39 rumah yang baru diluluskan permohonan oleh SPNB.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 6:34 PM