FOTO  Rohanis Syukri
FOTO Rohanis Syukri
Ardini Sophia Sina


TIGA tahun selepas pasangan ini putus tunang, Azizul Ammar Abu Hassan atau Ammar Titan, 30, dan Nur Amalina Jamil, 28, akhirnya dah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Haji Jamil Shamsudin pada 9.45 pagi ini.

Majlia disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Raudhotul Jannah, Kampung Sungai Buah, Ustaz Muhammad Nadzri Ismail serta ahli keluarga dan rakan terdekat.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM3,000 dan wang hantaran RM10,000.

Majlis resepsi berlangsung pada hari yang sama dam diadakan sederhana namun tetap meriah.

Ammar berkata, dia bersyukur kerana bekas tunangnya menerima lamaran.

“€œAlhamdulillah, semuanya sudah selesai dan majlis berjalan lancar. Insya-Allah saya akan menjadi suami terbaik untuknya.

“€œInilah yang dinamakan jodoh. Selepas putus tunang tiga tahun lalu, kami masih berkawan baik. Hubungan itu akhirnya membawa kami ke jenjang pelamin,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2017 @ 12:13 PM