ISKANDAR positif dapat beraksi pada Sukan SEA Ogos ini.
ISKANDAR positif dapat beraksi pada Sukan SEA Ogos ini.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar) yakin sempat pulih daripada kecederaan belakang (slip disc) untuk beraksi pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos depan.

Perseorangan kedua negara itu sebelum ini dilaporkan berdepan kemungkinan tidak dapat beraksi di temasya dwitahunan itu selepas pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami kecederaan slip disc.

Bagaimanapun Iskandar berkata, menerusi perkembangan terbaru yang dimaklumkan doktor kelmarin, dia dijangka mampu beraksi pada Sukan SEA nanti.

“Semalam (kelmarin) saya baru berjumpa dengan pakar dan dimaklumkan kecederaan ini biasa dalam sukan.

“Doktor tidak dapat pastikan berapa lama tempoh akan pulih sepenuhnya. Cuma meminta saya untuk kerap melakukan fisioterapi,” katanya ketika ditemui semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2017 @ 7:29 AM