Anggota bomba berusaha mengesan dua rakyat asing yang sesat di Bukit Broga. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba berusaha mengesan dua rakyat asing yang sesat di Bukit Broga. FOTO ihsan bomba
Kalidevi Mogan Kumarappa

Semenyih : Dua rakyat asing masing - masing dari Kenya dan Britain sesat di Puncak 3 Bukit Broga sejak lewat petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohd Sani Harul berkata pihaknya yang menerima laporan pada 7.50 malam, menghantar sepasukan anggota ke sana untuk memulakan pencarian.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

"Laporan awal mengatakan dua orang iaitu seorang lelaki Kenya dan seorang wanita Britain sesat di belakang puncak 3 Bukit Broga.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih kini sedang melakukan pencarian di lokasi," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 1:07 AM