Ular sawa yang berjaya ditangkap dalam reban ayam penduduk di Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang. - Foto Ihsan APM
Ular sawa yang berjaya ditangkap dalam reban ayam penduduk di Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang. - Foto Ihsan APM
Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Seekor ular sawa batik sempat menelan empat ayam sebelum ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kepala Batas di Pajak Song, dekat sini, hari ini.

Reptilia berkenaan dipercayai keluar dari kawasan semak berhampiran sebelum memasuki reban ayam milik seorang penduduk.

Jurucakap APM berkata, empat anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan dari penduduk, kira-kira 8.30 pagi.

Katanya, sebaik sampai pihaknya mendapati seekor ular sawa masih berada dalam reban ayam.

"Kami mengambil masa 10 minit untuk menangkap ular sawa seberat 20 kilogram itu," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2017 @ 3:31 PM