PESAWAT yang terhampas di tempat letak kereta Saint-Bruno, Quebec. FOTO AP
PESAWAT yang terhampas di tempat letak kereta Saint-Bruno, Quebec. FOTO AP


Montreal: Dua pesawat ringan berlanggar di udara dekat pusat beli-belah paling sibuk di Kanada, awal pagi ini.

Nahas berkenaan mengorbankan juruterbang manakala seorang lagi cedera.

Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan di kalangan orang awam, kata polis.

Satu daripada pesawat itu terhempas di bumbung pusat beli-belah Promenades Saint-Bruno – kira-kira 20 kilometer dari Montreal.

Satu lagi pesawat terhempas di tempat letak kereta iaitu hanya kira-kira 20 meter dari pintu masuk pusat beli-belah berkenaan.

Jurucakap polis, Nancy Colagiacomo, berkata pesawat terbabit dalam nahas adalah Cessna 152 milik sekolah penerbangan Cargair.

Punca kemalangan masih belum dapat dipastikan.

Sedutan perbualan antara menara kawalan dan kedua-dua juruterbang itu yang diperoleh stesen TVA.

Rakaman itu menggambarkan pengendali menara meminta seorang daripadanya untuk terbang ke kiri bagi ‘mengelak trafik.

‘Dengar tak?’ kata pengendali menara itu berulang kali memberitahu juruterbang itu bahawa pesawatnya hanya 800 meter dari pesawat satu lagi.

Kedua-dua pesawat itu dikatakan menuju lapangan terbang Saint-Hubert – lokasi sekolah penerbangan Cargair.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 7:57 AM