WANG kertas RM100 palsu yang diterima peniaga daripada pelanggan yang tidak dikenali di kedai runcit. FOTO Azhar Ramli
WANG kertas RM100 palsu yang diterima peniaga daripada pelanggan yang tidak dikenali di kedai runcit. FOTO Azhar Ramli
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


Kangar: Peniaga barangan perkakasan kerugian RM100 selepas ditipu lelaki yang membeli barangan di kedainya menggunakan wang palsu.

Mangsa yang ingin dikenali Tan, 50-an, berkata, dalam kejadian 11 pagi Isnin lalu, dia yang berada di kedainya didatangi lelaki itu yang ingin membeli barang.

Menurutnya, ketika itu dia tidak mengesyaki apa-apa sebelum suspek membeli barangan bernilai RM41 dan membayarnya dengan wang tunai RM100.

"Saya kemudian menyerahkan baki RM59 kepadanya sebelum lelaki itu beredar.

"Saya hanya sedar wang itu palsu apabila rakan yang datang ke premis ini pada hari sama ingin menukar dua keping RM50 kepada RM100 memberitahu wang saya itu palsu," katanya ketika ditemui, di premisnya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 7:13 PM