YEW Sin (kanan), Ee Yi antara yang diharap mampu lakar aksi lebih baik.
YEW Sin (kanan), Ee Yi antara yang diharap mampu lakar aksi lebih baik.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berharap pemain negara dapat meneruskan aksi konsisten pada Seluruh England bagi saingan Terbuka Malaysia di Kuching, bermula 4 April depan.

Mengakui ada beberapa pemain tidak mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan berprestij itu, Frost bagaimanapun percaya masanya akan tiba untuk mereka menyerlah dan peluang beraksi di Terbuka Malaysia harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Beliau memberi contoh beregu muda negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang pada pandangannya masih mampu mempergakan aksi terpuji meskipun tersingkir seawal pusingan pertama kepada gandingan Taiwan, Liu Ching Yao-Yang Po Han.

“Mereka tampil kali pertama di Seluruh England dan sudah pasti cuba merasai suasana kejohanan. Walaupun tewas pada pusingan pertama, yang penting mereka dapat memberikan saingan sengit.

“Ia sebahagian daripada proses pembelajaran untuk mereka, begitu juga pemain lain,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 6:12 AM