Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar bergambar bersama media Terengganu. FOTO Syafiq Ambak
Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar bergambar bersama media Terengganu. FOTO Syafiq Ambak
Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Jurugambar Harian Metro (HM) Mohd Aswadi Alias memenangi anugerah Foto Terbaik Ketegori Penyelidikan pada Malam Apresiasi Media (MAM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Mohd Aswadi membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Wartawan Berita Harian Aslina Abu Bakar pula memenangi dua anugerah untuk ketegori Berita Akhbar Penyelidikan Terbaik dan Berita Atas Talian Online Bahasa Melayu AM Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Jurugambar Berita Harian, Rozainah Zakaria pula memenangi anugerah Foto Terbaik Ketegori Am dan membawa pulang hadiah RM500.

Hadiah semua pemenang disampaikan Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 12:20 AM