Antara keluarga yang ditempatkan di PPS. FOTO ihsan Exco
Antara keluarga yang ditempatkan di PPS. FOTO ihsan Exco
Izlaily Nurul Ain Hussein


Segamat: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini dengan 56 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan berikutan kenaikan paras air Sungai Segamat dekat Sungai Buloh Kasap, sejak malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat berkata, PPS pertama dibuka pada 10 malam tadi di Balairaya Kampung Melayu Raya dengan menempatkan 15 mangsa daripada lima keluarga.

"Kawasan Kampung Jabi turut terjejas dengan 15 mangsa daripada sebuah keluarga dan dipindahkan ke PPS di Sekolah Agama Mukim Jabi pada 11 malam tadi.

"Balairaya Pogoh Tengah dibuka sebagai PPS pada 8 pagi tadi dengan 14 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan, sebelum sejam kemudian satu lagi PPS dibuka di Balairaya Batu Badak untuk menempatkan 12 mangsa daripada dua keluarga," katanya.

Beliau berkata, agensi yang terbabit dalam operasi banjir terdiri daripada Pejabat Daerah Segamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, hujan renyai dilaporkan berlaku di kawasan yang terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 2:55 PM