Mohd Rizal Abdullah


Belaga: Guru lelaki berusia 59 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari perahu dinaiki bersama isterinya dalam kejadian di Sungai Batang Rajang, petang semalam

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Michael Usat Emang dalam perjalanan pulang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Telawan selepas menziarahi keluarga saudaranya yang meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Belaga Deputi Superintendan Melay Tingom berkata, mangsa terjatuh selepas perahu itu terlanggar kayu balak yang terapung.

Menurutnya, mangsa terus dihanyutkan arus sungai.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dilancarkan pagi tadi bagi mengesan mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2017 @ 12:02 PM