THE Sarimah Show berkonsepkan santai dan menghiburkan.
THE Sarimah Show berkonsepkan santai dan menghiburkan.

Begitu pantas masa berlalu, lima tahun suara pengacara popular Sarimah Ibrahim tidak kedengaran dalam dunia penyiaran tanah air.

Sehingga dia mendirikan rumah tangga dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 44, pada April 2015, Sarimah, 38, seakan-akan hilang daripada bidang pengacaraan.

Bagaimanapun, 'kicauan suaranya' kembali kedengaran pada malam Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) 22 Januari lalu sebagai pengacara bersama Fara Fauzana, Fizi HotFm dan Awal Ashaari.

Melihatkan kehebatannya di pentas AJL31, dia yang kini bergelar Che Puan Sarimah Ibrahim membuktikan kedudukannya belum tergugat walaupun dengan kemunculan ramai wajah baru dalam bidang pengacaraan.

Atas sebab itu, TV3 menawarkan Sarimah untuk mengemudikan program bual bicaranya sendiri iaitu The Sarimah Show yang akan mula bersiaran mulai 5 Mac ini, jam 11 malam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 5:02 AM