SA’ADUM (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Asri pada Majlis Tamat Latihan. FOTO Hamzah Osman
SA’ADUM (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Asri pada Majlis Tamat Latihan. FOTO Hamzah Osman
ANTARA pelatih yang menamatkan latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Sokongan. FOTO Hamzah Osman
ANTARA pelatih yang menamatkan latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Sokongan. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Seramai 299 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Sokongan Siri 1/2016 menamatkan latihan mereka di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu 96 orang adalah pelatih wanita.

Terdahulu, mereka yang mengikuti latihan asas selama empat bulan mulai 23 Oktober lalu, diraikan pada majlis perbarisan tamat latihan PLAK yang disempurnakan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff.

Pada majlis itu, Konstabel Sa'adun Jaafar, 29, diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, sementara Konstabel Siti Nurul Afifah Nazlan, 24, pula muncul sebagai Pelatih Terbaik Akademik dan Konstabel Nurull Husnina Norli, 21, sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bukit Aman, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Komandan PULAPOL Langkawi Asisten Komisioner Polis K S Baljeet Singh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 10:04 AM