Model Somalia- Amerika, Halima Aden. - Foto Fail (Agensi)
Model Somalia- Amerika, Halima Aden. - Foto Fail (Agensi)
AFP

New York: Bintang rap yang juga suami Kim Kardashian, kini pereka fesyen, Kanye West, membuat kejutan apabila memperagakan pakaian hijab menggunakan model Somalia- Amerika di Pertunjukan Fesyen New York yang amat berprestij, hari ini.

Model itu, Halima Aden, 19, tampil pada hari ketujuh pertunjukan fesyen berkenaan yang dinggap paling eksklusif di New York, memperagakan koleksi Yeezy Season 5, berjalan di depan isteri West, Kim Kardashian dan Ketua Pengarang Vogue, Anna Wintour.

Dilahirkan di kem pelarian Kenya dan kini rakyat Amerika Syarikat, penampilan Halima kali ini akan melonjakkan namanya ke tahap lebih tinggi berbanding ketika dia menjadi wanita berhijab pertama menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota.

“Saya mahu memberitahu wanita Islam dan wanita muda di mana saja tidak mengapa untuk melanggar kebiasaan dan menjadi diri kita sendiri,” kata model itu yang disiarkan laman web Vouge.

Tetamu dilarang merakam gambar pakaian yang diperagakan sepanjang pertunjukan fesyen itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 1:39 PM