Seperti menjadi satu ‘trend’ ketika ini apabila kebanyakan stesen TV berlumba-lumba menerbitkan drama bersiri panjang.
Selepas pelakon Anzalna Nasir dan Fasha Sandha menyatakan keselesaan mereka berlakon dalam drama sebegitu, terbaru pelakon yang kian meningkat naik, Janna Nick meluahkan rasa sama.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 22, dipilih membintangi drama bersiri 60 episod berjudul Dia bagi tayangan slot Akasia di TV3.
“Ini adalah projek drama panjang pertama saya sejak terbabit dalam bidang lakonan. Sebenarnya saya lebih suka terikat dengan drama yang memerlukan komitmen lama. Ini kerana saya dapat bekerjasama dan belajar dengan semua kakitangan produksi.
“Kalau anda perasan saya kerap berlakon drama bersiri berbanding telefilem. Saya tak kisah kalau berjumpa orang yang sama setiap hari. Bagi saya perkara itu menjadikan hubungan seseorang pelakon dengan semua orang di lokasi penggambaran lebih rapat. Saya pula memang sukakan suasana kekeluargaan ketika menjalani penggambaran,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.