Azma Razana Johari


Butterworth: Tiga pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 29 tahun ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di beberapa hotel bajet sekitar negeri ini, malam tadi.

Turut ditahan dalam operasi sempena Hari Kekasih itu ialah lelaki warga Syria dan pasangannya wanita warga Thailand.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam JHEAIPP Mohd Nabil Abd Halim berkata, seramai 12 anggota penguat kuasa terbabit dalam operasi bermula jam 10 malam itu.

Menurutnya, ketika ditahan, semua pasangan berkenaan berada di dalam bilik hotel berdua-duaan.

"Semua pasangan dibawa balik ke Pejabat Agama Islam Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 11:23 AM
Sepasang kekasih yang ditahan penguat kuasa JHEAIPP dalam operasi bersepadu sempena Hari Kekasih di hotel bajet sekitar Pulau Pinang. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Sepasang kekasih yang ditahan penguat kuasa JHEAIPP dalam operasi bersepadu sempena Hari Kekasih di hotel bajet sekitar Pulau Pinang. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal