SITI Kholijah bersama anaknya, Nurul Jannah di rumahnya di di Tanah Lot, Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang. FOTO Ramdzan Masiam
SITI Kholijah bersama anaknya, Nurul Jannah di rumahnya di di Tanah Lot, Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang. FOTO Ramdzan Masiam
Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Pesakit kanser payudara, Siti Kholijah Sudin, 30, terharu apabila penderitaan dia dan anaknya terus mendapat perhatian syarikat swasta.

Siti Kholijah yang menetap di Pongsu Seribu, di sini, menerima sumbangan RM20,000, daripada AIA Public Takaful Bhd, Januari lalu.

Berikutan itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elmie Aman Najas, membuat lawatan dan menyampaikan pula sumbangan barangan keperluan harian.

Selain Siti Kholijah yang menderita kanser payu dara tahap empat, anak tunggalnya, Nurul Jannah Amani Abdul Rahman, 4, pula menderita kanser hormon.

Elmie berkata, sumbangan berkenaan hasil jualan amal dilakukan kakitangan AIA bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Ia sebahagian tanggungjawab sosial korporat AIA bagi meringankan beban pesakit kronik," katanya.

Pada 4 Januari lalu, kisah dua beranak yang menghidap kanser itu disiarkan Harian Metro sebelum beberapa pihak tampil menghulurkan bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 2:26 PM