BARISAN pemenang peraduan Mak Kata, Saya Anak Bijak.
BARISAN pemenang peraduan Mak Kata, Saya Anak Bijak.
Siti Nadirah Hafidzin


Keperluan kanak-kanak berubah dalam proses perkembangan mereka. Justeru, setiap ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan dan mencari inisiatif terbaik mengikut tahap tumbesaran anak.

Satu kajian menunjukkan secara purata, setiap ibu adalah pakar dalam memainkan pelbagai peranan yang mampu menjalankan 23 profesion berbeza.

Daripada seorang pembersih, penghibur, tukang masak, akauntan dan guru hinggalah menjadi seorang pembantu rumah, ibu juga perlu mempunyai kemahiran dalam pertolongan cemas, pemandu dan sebagai pendandan rambut.

Memahami perjalanan seorang ibu sebagai satu proses pembelajaran yang panjang, jenama susu rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady Nutri PlanT dengan 5X DHA*, menghargai dan memahami keperluan ibu di Malaysia dan menyokong pelbagai peranan harian mereka.

Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Ashlee Ng berkata, menurut pelbagai kajian pengguna, masyarakat mengharapkan seorang ibu tahu segala yang terbaik untuk menjaga anaknya.

“Sebenarnya, tidak semua ibu bersetuju. Justeru, Dutch Lady memahami kepentingan nutrisi dan pelbagai peranan yang dimainkan seorang ibu dalam memastikan perkembangan progresif anaknya.

“Ibu memerlukan rakan yang boleh dipercayai dalam menyokong keperluan si manjanya yang kian berubah dan memainkan pelbagai peranan untuk membesarkan anak supaya pintar dan sihat,” katanya pada majlis jamuan minum teh pemenang peraduan Mak Kata, Saya Anak Bijak. Pemenang pula berpeluang meluangkan masa bersama Duta Dutch Lady Nutri PlanT, Scha Al- Yahya dan anak perempuannya, Lara Alana.

Pemenang terdiri daripada ibu yang berjaya menyertakan kata-kata penuh hikmah dalam membimbing si manja tersayang.

Ashlee berkata, kempen itu menunjukkan bagaimana peranan dan gaya bimbingan seorang ibu berkembang bersama anak-anak mereka.

“Seorang ibu memainkan pelbagai peranan terpenting dalam menyokong keperluan nutrisi dan sosial anak mereka. Dialah cef jika anaknya lapar, rakan apabila anaknya sedih dan jururawat apabila anaknya cedera akibat jatuh.

“Kami ingin menjadi rakan ibu yang ideal untuk ibu di Malaysia. Sebagaimana ibu menyesuaikan keperluan anaknya yang berubah-ubah, susu ini dirumus untuk menyokong keperluan nutrisi anak pada setiap tahap kebijaksanaannya,” ujarnya.

Sebagai pakar dalam nutrisi kanak-kanak, Dutch Lady merumuskan susu ini untuk menangani kekurangan khasiat kanak-kanak Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS).

Program itu bukan saja memberikan nutrisi mengikut tahap, malah mempunyai lima kali kandungan DHAyang menyokong perkembangan keseluruhan dan otak kanak-kanak di setiap tahap.

Sementara itu, salah seorang pemenang, Norafida Baharuddin berkata, dia begitu teruja mencuba beberapa petua yang dikongsi dalam program itu.

“Kadang-kadang, saya dapati agak sukar menentukan tahap kedudukan anak saya kerana setiap anak membesar pada kadar berbeza dan mencapai tahap tertentu pada usia berbeza.

“Atas sebab itulah saya juga seorang peminat Dutch Lady Nutri PlanT kerana pelan ini membantu saya menentukan tahap perkembangan anak dan menyediakan nutrisi yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan sihat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 5:00 AM