ULAR yang ditemui di rumah keluarga itu. Gambar kanan, ular yang ditemui Isac di dalam mangkuk tandas. FOTO Agensi
ULAR yang ditemui di rumah keluarga itu. Gambar kanan, ular yang ditemui Isac di dalam mangkuk tandas. FOTO Agensi
Agensi

Texas: Satu keluarga di sini terkejut apabila mendapati lebih 20 ekor ular menumpang di dalam rumah mereka.

Keluarga Mcfadden mula menyedari mereka mempunyai masalah Rabu lalu apabila anak mereka, Isac menemui ular orok-orok di dalam mangkuk tandas di kamar mandi mereka.

“Saya melihat sesuatu yang berlingkar di dalam mangkuk tandas dan pasti ia ular,” kata Isac kepada media tempatan, KVUE.

Ibunya, Cassie tidak menunggu lama apabila dia menyuruh seorang lagi anaknya membunuh ular berkenaan dengan penyodok.

Selepas membunuh ular berkenaan, suaminya, Jason, menelefon sebuah syarikat yang memang terkenal kerana menjejak dan menangkap ular untuk mendapatkan bantuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 5:07 AM