Valdemira Rodrigues atau Valda disolek sebelum majlis pertunangannya dia berjalan ke pentas menggunakan alat bantuan berjalan.
Valdemira Rodrigues atau Valda disolek sebelum majlis pertunangannya dia berjalan ke pentas menggunakan alat bantuan berjalan.
Agensi

Brasilia, Brazil: Seorang pesara menjadi wanita tertua di Brazil, mungkin dunia mengikat pertunangan pada usia 106 tahun dengan pasangannya yang berusia 66 tahun.

Valdemira Rodrigues de Oliveira bersetuju menerima lamaran Aparecido Dias Jacob dan majlis pertunangan mereka diadakan di Rumah Penjagaan Nossa Senhora Fatima, di Pirassununga, selatan Brazil, minggu lalu.

Kedua-dua mereka yang digelar Valda dan Jaco, yang tinggal di rumah penjagaan itu, mula menjalin hubungan tiga tahun lalu.

Doktor menasihatkan kedua-dua mereka agar tidak meneruskan hasrat berkahwin kerana mereka tidak mampu untuk hidup bersama tanpa jagaan.

Pekerja pusat itu, Fabiane Zaffalon, berkata: “Oleh kerana mereka tidak boleh berkahwin, kami mencari jalan lain untuk melaksanakan impian mereka dengan mengadakan majlis pertunangan ini.”

Valda berkata: “Saya mencintainya. Amat menyukainuya. Jika dia mati, saya juga mati.”

Jaco diiring ke pentas.
Jaco diiring ke pentas.

Jaco yang lumpuh tangan kiri, tinggal di rumah jagaan itu sejak 19 tahun lalu, kerana tiada rumah dan pekerjaan.

“Saya jatuh cinta kali pertama melihatnya. Saya sedar dia jauh lebih tua namun saya tak kisah kerana dia buat saya bahagia.

“Saya mengajaknya berkahwin, kami yakin ia akan berlaku dan pertunangan ini langkah pertama,” katanya.

Menurut pekerja rumah penjagaan itu, pasangan berkenaan sentiasa bersama, berbual, makan dan duduk sebelah menyebelah di mana saja.

Kedua-dua mereka tidak pernah berkahwin sebelum ini dan hampir semua saudara-mara Valda sudah meninggal dunia manakala Jaco terputus hubungan dengan keluarganya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 3:06 PM