ANGGOTA keluarga Majd al-Khudur, wanita Palestin yang dibunuh tentera Israel tahun lalu, bersiap sedia untuk mengebumikan jenazahnya di Kampung Bani Naim, Tebing Barat, selepas mayatnya diserahkan semula kepada mereka, kelmarin.  - AFP

Nablus: Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin dan mencederakan lima yang lain di kem pelarian di Jenin, utara Tebing Barat, semalam.

Sumber perubatan Palestin berkata, mangsa terbaru kekejaman rejim Zionis itu ialah Mohammed Abu Khalifa, 19.

Kejadian berlaku selepas tindakan tentera Israel menceroboh kem berkenaan mencetuskan pertempuran dengan penduduk muda Palestin.

Jurucakap tentera Israel berkata, tentera melepaskan tembakan selepas diserang penduduk.

Pihak berkuasa Israel menembak mati 252 penduduk Palestin sejak Oktober 2015.

Israel mendakwa, kebanyakan yang terbunuh itu penduduk yang membawa pisau, senjata atau merempuh penduduk Yahudi dengan kenderaan sementara yang lain ditembak mati dalam pertempuran atau serangan udara di Gaza.

Rejim Zionis itu juga sering merampas mayat penduduk Palestin yang mereka bunuh dan menyimpannya selama beberapa bulan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 6:23 AM