Kakitangan Jabatan Perhilitan Negeri Kelantan menangkap seekor buaya tembaga sepanjang kira-kira 2.4 meter (m) dipercayai disimpan untuk tujuan peliharaan oleh seorang lelaki berusia 60 tahun. FOTO Ihsan Perhilitan

Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri merampas seekor buaya tembaga betina seberat 120 kilogram di sebuah rumah di Kampung Haji Wanik, Beris Kubor Besar, Bachok, semalam.

Dalam serbuan jam 1.31 tengah hari itu turut menahan seorang lelaki warga emas berusia 60-an kerana memelihara haiwan berkenaan.

Pengarahnya, Mohammad Khairi Ahmad berkata, panjang buaya tembaga itu dianggarkan 2.4 meter.

Katanya, operasi anggota Bahagian Penguatkuasa adalah hasil maklumat orang awam dan pemeriksaan menemui spesis hidupan liar di dalam kawasan sebuah rumah berpagar.

"Kita merampas haiwan itu dan menahan pemilik untuk mengambil keterangan mengikut Seksyen 70(1) kerana memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa permit khas.

"Lelaki itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 5:12 PM