Kanak-kanak perempuan Orang Asli lemas ketika mandi di Sungai Kenaboi, Chennah, Titi, Kuala Klawang, di sini, petang ini.
Kanak-kanak perempuan Orang Asli lemas ketika mandi di Sungai Kenaboi, Chennah, Titi, Kuala Klawang, di sini, petang ini.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Jelebu: Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli lemas ketika mandi di Sungai Kenaboi, Chennah, Titi, Kuala Klawang, di sini, petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Jelebu, Mohd Fazill Mohd Yunus berkata, dalam kejadian 2.45 petang, mangsa berusia enam tahun mandi bersama tiga rakan seusia di sungai berkenaan.

Katanya, mangsa tiba-tiba dibawa arus menyebabkan rakannya memberitahu keluarga serta penduduk Kampung Orang Asli Kenaboi di sini.

"Pada jam 3.20 petang, kanak-kanak itu ditemui terapung di bawah Jambatan Dusun Kabur yang terletak dua kilometer dari lokasi lemas.

"Mangsa dibawa ke Klinik Desa Kampung Chennah dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 5:00 PM