Keadaan dua lori bertembung di Kilometer 51 Jalan Telupid-Beluran. FOTO ihsan bomba
Keadaan dua lori bertembung di Kilometer 51 Jalan Telupid-Beluran. FOTO ihsan bomba
Junaidi Ladjana


Beluran: Pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lagi lori di Kilometer 51 Jalan Telupid-Beluran, dekat sini, pagi tadi.

Pemandu lori dua tan, Latip Rashid, 59, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori lapan tan tidak mengalami kecederaan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Katizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.02 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan ke lokasi kejadian yang terletak 110 kilometer dari balai.

"Pemandu lori dua tan yang tersepit dikeluarkan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia," katanya di sini, hari ini.

Katizah berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 10:28 AM