Kian Meng dan Pei Jing atasi rakan senegara. FOTO BERNAMA
Kian Meng dan Pei Jing atasi rakan senegara. FOTO BERNAMA
Ferzalfie Fauzi


Sibu: Seperti dijangka pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tidak berdepan masalah muncul juara Masters Malaysia selepas mengalahkan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, hari ini.

Kian Meng-Pei Jing menang straight set 21-17, 21-9 dalam saingan berlangsung di Stadium Tertutup Sibu.

Kemenangan ini menebus kehampaan beregu nombor sembilan dunia itu yang muncul naib juara di kejohanan yang sama tahun lalu.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei muncul naib juara selepas tumpas 19-21, 12-21 di tangan Berry Angriawan-Hardianto Hardianto dari Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 4:34 PM