KAMPUNG Batagai mempunyai penduduk seramai 4,369 orang terletak di wilayah Yakutia .
KAMPUNG Batagai mempunyai penduduk seramai 4,369 orang terletak di wilayah Yakutia .
SEBUAH lori yang terkandas hampir dilitupi salji di bandar Verkhoyansk.
SEBUAH lori yang terkandas hampir dilitupi salji di bandar Verkhoyansk.
SEORANG peniaga menjual ikan beku.
SEORANG peniaga menjual ikan beku.
SUNGAI juga beku.
SUNGAI juga beku.
KEHIDUPAN seharian tetap diteruskan walaupun cuaca
KEHIDUPAN seharian tetap diteruskan walaupun cuaca
SEORANG pelajar meredah salji tebal untuk ke sekolah.
SEORANG pelajar meredah salji tebal untuk ke sekolah.
 WALAUPUN suhu menurun sehingga mencecah negatif 53 darjah Celsius, kanak-kanak di Siberia tetap ke sekolah.
WALAUPUN suhu menurun sehingga mencecah negatif 53 darjah Celsius, kanak-kanak di Siberia tetap ke sekolah.
SEORANG lelaki berjalan dalam cuaca sejuk di Batagai.
SEORANG lelaki berjalan dalam cuaca sejuk di Batagai.
Agensi

Pelajar di sebuah kampung di Siberia masih meneruskan persekolahan walaupun suhu menurun sehingga negatif 53 darjah Celsius.

Bagaimanapun, ia hanya membabitkan mereka yang berusia 15 tahun ke atas. Bagi murid di bawah usia itu, mereka dibenarkan bercuti memandangkan cuaca teramat sejuk.

Kampung Batagai yang mempunyai penduduk seramai 4,369 orang terletak di wilayah Yakutia atau nama rasminya Republik Sakha yang memang terkenal dengan kanak-kanak paling tahan lasak.

Wilayah terbesar dalam Persekutuan Russia dengan keluasan hampir sama dengan India itu adalah tempat paling sejuk di dunia.

Setiap kali musim sejuk kebanyakan kawasan di wilayah itu akan menyaksikan suhu menurun ke tahap paling rendah.

Di bandar Yakutia, ibu negeri wilayah berkenaan, kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun dilarang keluar rumah apabila suhu mencecah negatif 45 darjah Celsius.

Bagaimanapun, pelajar di bandar yang mempunyai penduduk seramai 269,601 orang itu tidak mempunyai alasan untuk tidak ke sekolah.

Setiap daerah di wilayah yang terkenal dengan berlian dan kisah mamot berbulu itu mempunyai dasar berbeza mengenai had umur yang dikehendaki menghadiri kelas ketika musim terlalu sejuk.

Di bandar Verkhoyansk, suhu menjunam sehingga negatif 51 darjah Celsius tetapi persekolahan hanya dibatalkan untuk murid berusia bawah 13 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 5:06 AM