Laporan Harian Metro malam tadi.
Laporan Harian Metro malam tadi.
Helmy Abd Rahman


Kuala Terengganu: Kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi menyelesaikan segera masalah hakisan di Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan itu meliputi kos penambakan pantai dan pembinaan pulau jadian.

"Ini bagaimanapun hanya penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan atau meminimumkan kesan hakisan akibat ombak besar

"Kerajaan pusat sebelum ini dah pun luluskan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk penyelesaian jangka panjang hakisan di kawasan berkenaan iaitu membabitkan penyambungan kerja pembinaan benteng pemecah ombak dari Pantai Tok Jembal sehingga ke Pantai Tanjung Gelam.

"Bagaimanapun, ia masih dalam proses kajian dan reka bentuk," katanya selepas merasmikan projek penyambungan terakhir Jambatan Pulau Sekati, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 3:50 PM