ANGGOTA bomba berjaya menangkap ular sawa sepanjang lima meter. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba berjaya menangkap ular sawa sepanjang lima meter. FOTO ihsan bomba
Muhamad Izzat Nasuruden


Manjung: Seekor ular sawa sepanjang lima meter berjaya ditangkap bomba di dalam sebuah reban ayam di Kampung Colombia, Ayer Tawar, di sini, 11.15 pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar, Pegawai Bomba Kanan I, Mohamad Azlan Mahayidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 11.06 pagi mengenai kejadian itu.

Katanya, setibanya anggota bertugas di lokasi kejadian, terdapat seekor ular sawa berlingkar di dalam sebuah reban ayam.

"Ular sawa itu dipercayai sudah memakan beberapa ekor ayam di dalam reban berkenaan.

"Kita menggunakan pengepit ular dan berjaya menangkap ular itu dalam masa 10 minit," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Azlan berkata, ular sawa itu kemudian dilepaskan di kawasan hutan berdekatan Jalan Pantai Remis dan operasi tamat jam 11.20 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 1:39 PM