ALIAS menyediakan roti canai di gerainya di Kampung Londang, Masjid Tanah.
ALIAS menyediakan roti canai di gerainya di Kampung Londang, Masjid Tanah.

Alor Gajah: Tetap 50 sen sejak 17 tahun lalu, itu harga sekeping roti canai di Restoran Sri Londang yang diusahakan Alias Ahmad, 52, di Kampung Londang, Masjid Tanah, di sini.

Katanya, walaupun harga minyak masak, tepung gandum dan bahan mentah lain sudah beberapa kali naik sepanjang tempoh itu, dia tetap mengekalkan harga sekeping roti canai di gerainya bawah RM1.

Roti canai telur juga kekal pada harga RM1.50 sekeping sejak 17 tahun lalu berbanding harga di kebanyakan kedai lain antara RM2.30 hingga RM2.40 manakala harga roti canai sardin kekal RM2 sekeping berbanding RM3 di kedai lain.

Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu berkata, dia melakukan sendiri kerja menguli, menebar dan memasak roti canai kerana lebih menjimatkan kos berbanding mengupah pekerja.

“Alhamdulillah, saya dapat menyerap kenaikan kos tepung dan minyak masak kerana semua kerja saya buat sendiri tetapi jika mengupah orang lain membuatnya, pasti tidak dapat mengekalkan harga bawah RM1.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 9:34 AM