Shamsul Munir Safini


Butterworth: Keadaan Kapten Wai Lek masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP).

Wai Lek, 26, adalah pembantu juruterbang dalam nahas Beechcraft King Air 200T yang terhempas di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, petang semalam.

Nahas terbabit mengorbankan Mejar C Kayamboo.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, berkata Wai Lek, 26, yang berasal dari Mentakab, Pahang, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HPP selepas parah dan mengalami gegaran di kepala.

"Wai Lek mengalami keretakan tulang di beberapa anggota badan, termasuk di bahagian rusuk kanannya.

"Bagaimanapun, Sarjan Mohd Sofi Azizan, 29, dari Sik, Kedah dirawat di wad biasa di HPP, selain keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Beliau berkata, Leftenan Hamid Ahmad Hanafi, 26, dari Beranang, Selangor pula sudah dipindahkan ke Hospital Angkatan Tenterta Tuanku Mizan di Kuala Lumpur, malam tadi.

habis

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 11:12 AM