Oleh Georgie Joseph

Bagi yang meraikan Krismas, saat ini pasti sibuk berkunjung ke rumah teman dan saudara, makan besar dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Sememangnya tiada yang lebih bermakna daripada menikmati sepenuhnya detik indah itu.

Sempena perayaan ini, RAP menggabungkan tiga selebriti sebagai penghias muka depan iaitu penyanyi Nikki Palikat, Lawrence Wong dan Mark O'Dea.

Meskipun mereka bertiga datang daripada latar belakang berbeza, namun punya satu persamaan iaitu semuanya penyanyi.

Nikki atau Nicolette Louisa lahir daripada program realiti Malaysian Idol musim pertama pada 2004.

Hakikatnya, penyanyi berusia 29 tahun ini antara bintang realiti paling berjaya apabila meniti detik kegemilangannya tidak lama dulu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:12 AM