Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas berusaha memadam kebakaran rumah dipercayai tempat  penagihan dadah yang terbakar di Taman Tas, malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas berusaha memadam kebakaran rumah dipercayai tempat penagihan dadah yang terbakar di Taman Tas, malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Rumah teres dua tingkat terbiar yang dipercayai menjadi sarang penagihan dadah terbakar di Taman Tas, di sini, 8.30 malam tadi.

Kejadian disedari orang awam yang bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa pada 8.40 malam sebelum jentera pertama tiba enam minit kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas Mohd Idzhar Razali berkata, sebaik pihaknya tiba api yang dipercayai bermula dari atas rumah mula merebak sebelum pihaknya memulakan operasi pemadaman.

"Punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat bahagian forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang. Pihak polis turut dipanggil ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

"Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke beberapa buah rumah," katanya kepada pemberita, malam tadi.

Menurutnya, operasi berjaya dikawal kira-kira 10 malam dan anggaran kerugian sedang ditafsirkan.

Difahamkan rumah teres dua tingkat itu tidak berpenghuni sejak beberapa bulan lalu sebelum dijadikan sarang penagihan dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2016 @ 11:09 PM