Mayat Ahmad Baihaqi Muzanni, 13, ditemui pada 10.35 malam. - Foto ASLINA ABU BAKAR dan Ihsan Bomba
Mayat Ahmad Baihaqi Muzanni, 13, ditemui pada 10.35 malam. - Foto ASLINA ABU BAKAR dan Ihsan Bomba
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Nerus: Selepas lima jam hilang ketika mandi bersama rakan di di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus, akhirnya mayat pelajar tingkatan satu Ahmad Baihaqi Muzanni Nor Shariman,13, ditemui malam ini.

Mayat rakannya, Mohd Mujahid Mohd Zuni, 13, ditemui pada 7.10 malam tadi, kira-kira 10 meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas kira-kira 5.30 petang.

Mayat Ahmad Baihaqi dari Taman Permint Perdana, di sini, ditemui pada 10.35 malam, kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Che Shaari Abdullah berkata, mayat mangsa dibawa ombak hanyut ke tepi pantai sebelum ditemui pasukan penyelamat yang turut disertai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu penduduk

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 11.15 malam," katanya.

mayat Mohd Mujahid Mohd Zuni, 13, berjaya ditemui pada jarak 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas pada jam 7.10 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 11:45 PM