LEBIH 200 umat Islam bersama gabungan NGO menyertai himpunan bantahan terhadap penindasan etnik Rohingya. FOTO Ghazali Kori
LEBIH 200 umat Islam bersama gabungan NGO menyertai himpunan bantahan terhadap penindasan etnik Rohingya. FOTO Ghazali Kori
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Desakan demi desakan terus kedengaran, megutuk kekejaman pelampau agama melakukan penindasan terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

Terbaru, lebih 200 umat Islam bersama gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan himpunan bagi menyatakan bantahan terhadap penghapusan etnik yang sedang memuncak ketika ini.

Bertempat di perkarangan Masjid India, himpunan diadakan selepas solat Jumaat meminta sokongan masyarakat Islam negara ini untuk bersama menyatakan pendirian membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Penyelaras Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman berkata, ia sebagai kesinambungan daripada siri himpunan diadakan sebelum ini selain mengutip dana untuk disalurkan dalam misi Fortilla ke Myanmar dijadual Januari depan.

"Kita harap sokongan seramai mungkin untuk menjayakan misi ini. Menerusi gabungan NGO, kita suarakan bantahan ini dan meminta pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk memberi tekanan kepada Myanmar," katanya ketika ditemuik, hari ini.

Perhimpunan berkenaan turut dihadiri PresidenIkatan Rakyat Insan Muslimin Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay dan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 3:28 PM