CONTOH rumah berkembar satu tingkat yang dibangunkan oleh O&T Development Sdn Bhd di Taman Nusantara, Kuala Kedah.
CONTOH rumah berkembar satu tingkat yang dibangunkan oleh O&T Development Sdn Bhd di Taman Nusantara, Kuala Kedah.
Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: O&T Development Sdn Bhd (O&T Development), syarikat pemaju hartanah di Kedah menawarkan 197 rumah berkembar satu tingkat dan rumah teres kos sederhana satu tingkat untuk projek terbarunya iaitu Taman Nusantara, Kuala Kedah yang dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2017.

Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Noor Haryanti Hussin berkata, sambutan untuk projek itu menggalakkan di mana 80 peratus rumah berkembar satu tingkat dijual sehingga kini manakala semua unit rumah teres satu tingkat habis ditempah dalam tempoh seminggu sejak dibuka untuk jualan.

“Kami yakin rumah ini dapat dijual sepenuhnya menjelang hujung tahun ini kerana harga ditawarkan lebih murah iaitu bermula dari RM269,800 dan pemaju juga menawarkan kos guaman serta duti stem percuma.

“Berbanding harga pasaran antara pemaju lain harga rumah ditawarkan rata-rata mencecah RM350,000,” katanya di sini, baru-baru ini.

Taman Nusantara, Kuala Kedah adalah projek pembinaan rumah ketiga yang dibangunkan O&T Development di mana ia dibina di tanah seluas 12.94 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan RM51 juta. Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh melayari laman sosial facebook (O&T Development Sdn Bhd)

Untuk projek itu, 197 rumah kediaman dibangunkan membabitkan 138 rumah berkembar satu tingkat dengan GDV bernilai RM40 juta dan 59 rumah teres satu tingkat bernilai (RM11 juta).

Beliau berkata, projek itu dilihat mampu menarik minat pembeli memandangkan lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan banyak kemudahan lain bagi penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Selain itu, dengan memiliki saiz binaan yang luas iaitu 25 x 41 kaki persegi (rumah rumah berkembar satu tingkat) dan 25 x 40 kaki persegi (rumah teres satu tingkat), ia dilihat mampu memberi keselesaan kepada pembeli.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 5:03 AM