MOHAMAD Madani (dua dari kiri) melancarkan HEV Hyundai IONIQ, hari ini. FOTO Saddam Yusoff
MOHAMAD Madani (dua dari kiri) melancarkan HEV Hyundai IONIQ, hari ini. FOTO Saddam Yusoff
Mohd Razlan Salleh


Petaling Jaya: Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan kenderaan hibrid elektrik (HEV) IONIQ yang pertama berharga RM99,888, hari ini.

Model sedan menggunakan bahan api dan kuasa elektrik itu didatangkan dengan dua varian berbeza.

Pengarah Urusan HSDM Lau Yit Mun berkata, IONIQ Hybrid yang juga model pemasangan tempatan (CKD) menawarkan pengalaman pemanduan tanpa kompromi dengan teknologi keselamatan terkini.

"Hyundai Motor Company terbukti dalam membina kenderaan tenaga sel elektronik pertama dan beberapa model hibrid dan plug-in hibrid yang dijual di seluruh dunia.

"Oleh itu HSDM yakin IONIQ Hybrid diterima baik di negara ini," katanya ketika majlis pelancarannya di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Mohamad Madani Sahari.

IONIQ ditawarkan pada harga bermula RM99,888 tanpa insurans dan cukai jalan dengan dua varian antaranya HEV dan HEV Plus

Kedua-dua varian ini menggunakan enjin 1.6 GDI empat silinder yang menghasilkan 105PS pada 5,700 rpm dengan tork maksimum 147Nm pada 4,000 rpm.

Versi HEV Plus menawarkan ciri keselesaan dan keselamatan lebih tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 5:33 PM