Pengurus Kanan Jenama Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee (empat dari kiri) dan pengacara Allan Wu (lima dari kiri) bersama peserta The Amazing Race Asia dari Malaysia.
Pengurus Kanan Jenama Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee (empat dari kiri) dan pengacara Allan Wu (lima dari kiri) bersama peserta The Amazing Race Asia dari Malaysia.

Penjagaan kebersihan yang baik bermanfaat untuk kesihatan, namun kesibukan dan aktiviti seharian menjadikan ia kerap diambil mudah. Seharusnya individu mengambil masa untuk memberi perhatian kepada kesihatan dan kebersihan diri.

Produk penjagaan diri antibakteria halal, Antabax kini menjalin kerjasama dengan The Amazing Race Asia musim kelima untuk menjadikan hubungan antara kesihatan dan penjagaan kebersihan sebagai satu perkara menyeronokkan. Ia juga antara usaha menggalakkan penggunaan sabun dan pembasmi kuman untuk kebersihan diri yang lebih menyeluruh.

Bagi menjayakan matlamat ini, satu pertandingan di laman Facebook dan Instagram rasminya serta promosi di dalam talian diadakan untuk menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan meningkatkan tahap kesihatan melalui penjagaan kebersihan.

Pertandingan ini menawarkan dua pemenang bertuah dan pasangan masing-masing menghadiri Parti Final The Amazing Race Asia di Singapura Disember ini. Antara hadiah ditawarkan termasuk tiket untuk acara, penerbangan dan penginapan satu malam, produk Antabax dan barangan jenama The Amazing Race Asia.

Pada musim ini, Malaysia diwakili tiga pasukan iaitu ‘The Muscle Brothers’ - Alex dan Will; pasukan ‘The Beauty Queens’ - Yvonne and Chloe serta rakan sekolah yang baru tersingkir - Alphaeus dan Brandon.

Antabax dan The Amazing Race Asia adalah gandingan terbaik memandangkan kedua-duanya mempromosikan gaya hidup lebih sihat.

Jenama ini mempunyai barisan lengkap produk penjagaan diri meliputi krim mandian antibakteria, sabun, tisu pembersih antibakteria, cecair pembersih tangan segera dan semburan pembersih tangan yang diperlukan untuk menjaga kebersihan baik di rumah mahupun di luar, bersesuaian dengan matlamat mengejar gaya hidup yang lebih aktif.

Menurut Pengurus Kumpulan Bahagian Produk Penjagaan Diri & Rumah, Jabatan Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd Angeline Sim, Antabax berbesar hati bekerjasama dengan AXN kerana The Amazing Race Asia adalah platform terbaik bagi membolehkan jenama itu mencapai kumpulan penonton yang lebih besar.

“Kami berharap melalui kerjasama ini mesej mengenai gaya hidup sihat dan kebersihan dapat disampaikan kepada penonton. Contohnya mendapatkan perlindungan antibakteria 24 jam menggunakan Derma Protect System Antabax dan Micro Moisture Serum yang mengandungi vitamin untuk kelembapan kulit. Produk antibakteria Antabax melindungi kulit daripada 99.9 peratus kuman selain lembut, licin dan cukup khasiat. Produk ini juga disahkan halal dan memberi keyakinan kepada pengguna Muslim,” katanya.

The Amazing Race Asia adalah sebahagian daripada francais global Amazing Race milik AXN. Rancangan yang amat mengujakan ini memaparkan pasangan peserta dari seluruh rantau Asia bersaing merebut hadiah utama bernilai RM400,000.

Hos bagi musim kelima dan musim ke-11 francais The Amazing Race secara keseluruhan ialah pelakon kacukan Amerika Syarikat China, Allan Wu dan pelakon Indonesia, Tara Basro. Siri ini disiarkan setiap Khamis jam 9 malam bermula 13 Oktober lalu di AXN Asia di saluran Astro 721 (HD) dan 701.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan yang sedang dijalankan, sila layari laman Facebook rasmi Antabax di pautan http://fb.com/NewAntabax and laman Instagram @antabax.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 5:21 AM