Doktor arah Arja berehat untuk pemantauan. FOTO AL
Doktor arah Arja berehat untuk pemantauan. FOTO AL
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Arja Lee, 33, ditahan di sebuah perubatan swasta di sini, tengah hari tadi selepas mengalami sakit belakang melampau akibat 'slip disc'.

Pelakon berkenaan awalnya bertegas enggan dimasukkan ke wad selepas sakit sejak semalam namun akur dengan saranan doktor yang membuat pemeriksaan terhadapnya hari ini.

"Selepas menghadiri sebuah sidang media, saya ke hospital malam semalam untuk membuat pemeriksaan. Kira-kira jam 5 pagi saya mengambil keputusan balik ke rumah.

"Ia disebabkan hari ini saya perlu melunaskan beberapa komitmen termasuklah sesi fotografi.

"Namun sejurus selesai kerja, saya sudah tidak mampu menahan sakit dan pergi semula ke hospital. Akhirnya doktor menyarankan saya berehat di wad bagi pemantauan dan pemeriksaan lanjut," katanya.

Arja bagaimanapun belum pasti tahap keseriusan kecederaan pada bahagian belakangnya itu. Dia juga tidak tahu berapa lama perlu berehat sebelum boleh kembali bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 11:24 PM