VARIAN menu Brahim’s Meals Ready to Eat.
VARIAN menu Brahim’s Meals Ready to Eat.
DALAM pek yang mudah disediakan.
DALAM pek yang mudah disediakan.
PEK dimasukkan ke dalam air dan panaskan selama lapan minit.
PEK dimasukkan ke dalam air dan panaskan selama lapan minit.
 SEDIA untuk dijamu.
SEDIA untuk dijamu.
NORAFANDI menunjukkan hidangan mudah disediakan.
NORAFANDI menunjukkan hidangan mudah disediakan.
Aniza Zainudin


Kaya dengan sumber nutrisi seperti karbohidrat, protein, vitamin, kalsium, serat dan sumber mineral lain menjadikan nasi satu daripada pembekal tenaga terbaik buat tubuh manusia.

Budaya pemakanan rakyat Malaysia yang memilih nasi lemak sebagai menu utama bersarapan bukan sesuatu yang menghairankan, sebaliknya pemilihan itu bersesuaian dengan keperluan kalori individu dalam hidangan tertentu.

Chef Eksekutif Dewina Holdings Sdn Bhd, Norafandi Abd Malek, berkata pengambilan kalori tertentu ketika bersarapan dapat menyalurkan tenaga buat individu untuk melakukan rutin harian seterusnya.

“Memetik pepatah, ‘Sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti putera dan makan malam seperti pengemis’, menunjukkan rutin harian seharusnya bermula dengan pengambilan makanan berkhasiat dan memberi tenaga.

“Produk Brahim’s memperkenalkan sembilan varian nasi sedia dimakan (Meals Ready to Eat) yang memenuhi cita rasa tempatan malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan.

“Ini kerana setiap pek 120 gram produk nasi Brahim’s mengandungi sekurang-kurangnya 230 hingga 500 kalori sekali gus memenuhi keperluan tenaga tubuh individu.

“Menu Brahim’s ‘Meals Ready to Eat’ (MER) termasuk Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam, Nasi Tomato, Nasi Cendawan dan Keju, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan Nasi Arab Kambing,” katanya ketika ditemui.

Antara individu bertanggungjawab mencipta resipi produk Brahim’s MER, Norafandi mengakui rahsia terbaik untuk menghasilkan produk berkualiti dan memenuhi selera pelanggan bermula dengan keunikan aroma menyelerakan sebaik bungkusan dibuka.

Memiliki khasiat secukupnya, pek mudah bawa ini dilihat sebagai penyelesaian mudah untuk penyajian makanan terutama dalam kalangan wanita berkerjaya yang memikul tanggungjawab di rumah dan tempat kerja.

Menurut Norafandi lagi, penyediaan varian nasi sedia dimakan Brahim’s juga mudah dan menjimatkan masa sama ada dimakan terus, dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro mahupun air panas.

Menitikberatkan kawalan kualiti bahan ramuan dan berstatus halal, Brahim’s membuktikan komitmen terhadap piawaian keselamatan produk pengguna.

Jenama produk Brahim’s turut menerima pengiktirafan daripada MS ISO 9001, ISO 22000, MS 1480(HACCP), British Retail Consortium Global Standards serta pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Cadangan menu sarapan:

• Brahim’s Nasi Goreng Ayam bersama Brahim’s Sambal Ikan Bilis

• Brahim’s Nasi Goreng Kampung bersama Brahim’s Kari Daging Lembu Ubi Kentang

• Nasi Goreng Ikan Masin bersama Brahim’s Ayam Masak Merah dan Lobak Merah

• Brahim’s Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis bersama Brahim’s Rendang Daging Lembu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2016 @ 5:03 AM