NUR Izzati Insyirah bersama ibu bapanya ketika mengambil keputusan UPSR di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
NUR Izzati Insyirah bersama ibu bapanya ketika mengambil keputusan UPSR di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Keputusan 3A 2B 1C dalam peperiksaan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak mematahkan semangat Nur Izzati Insyirah Muhammed Ramiza untuk terus mengulangkaji.

Usahanya itu ternyata berbaloi apabila dia diumumkan seorang daripada murid yang memperoleh 6A dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota hari ini.

Ketika ditemubual, Nur Izzati Insyirah ternyata tidak percaya dengan keputusan yang diperolehnya itu kerana sebelum ini dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat 6A.

"Saya tak sangka kerana ujian percubaan UPSR saya hanya dapat 3A 2B 1C. Tapi saya tidak patah semangat saya terus mengulangkaji pelajaran dan banyak bertanya guru mengenai subjek yang tidak saya fahami," katanya.

Bagi Nur Izzati, menjadi seorang daripada 11 murid cemerlang 6A di sekolahnya adalah perkara yang membanggakan kerana ia sememangnya harapan ibu bapanya untuk melihat dia memperoleh keputusan yang baik.

Dia yang bercita-cita untuk menjadi doktor memberitahu, tumpuan di dalam kelas selain mengulangkaji pelajaran setiap hari menjadi resipi mengapa usahanya itu membuahkan hasil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 12:35 PM