Keadaan kereta dinaiki Shamsiah yang maut dalam kemalangan di  Kampung Saujana. FOTO Ihsan bomba
Keadaan kereta dinaiki Shamsiah yang maut dalam kemalangan di Kampung Saujana. FOTO Ihsan bomba
Zaid Salim


Setiu: Seorang wanita maut manakala dua kanak-kanak parah dalam kemalangan di Jalan Siakap, Kampung Saujana, Setiu, 11.15 pagi tadi.

Kemalangan itu membabitkan Peugeot dan Mercedes Benz.

Mangsa, Shamsiah Abdullah, 55, yang parah di badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Peugeot yang dipercayai suami mangsa tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar berkata, pemandu dan penumpang Mercedes Benz tidak mengalami kecederaan.

"Dua kanak-kanak dipercayai anak mangsa pula parah dan kini masih dirawat di Hospital Setiu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 8:04 PM