Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Chukai mengangkat mayat mangsa lemas. FOTO Shamsudin Husin
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Chukai mengangkat mayat mangsa lemas. FOTO Shamsudin Husin
Shamsudin Husin


Chukai: Nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke Sungai Pinang semalam ditemui lemas pagi tadi.

Mayat Zakari Kasim, 52, ditemui kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Yahaya Hanapi berkata, mayat ditemui pasukan penyelamat jam 10.30 pagi tadi.

"Sepasukan 16 anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Chukai melancarkan gerakan mencari mangsa sebaik menerima berita kehilangannya jam 10 pagi semalam.

"Selepas kira-kira sejam menyambung operasi mencari hari ini, mayat ditemui kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang," katanya.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi semalam, Zakari dikatakan terjatuh ke sungai selepas bot gentian kaca dinaiki gagal dikawal sebelum terbalik dipercayai akibat tersangkut pada konkrit muka sauk milik Syarikat Air Terengganu (SATU).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 4:16 PM