PASUKAN dari UKM dengan hasil ciptaannya yang berjaya menjadi juara.
PASUKAN dari UKM dengan hasil ciptaannya yang berjaya menjadi juara.
TIGA sahabat dari UiTM yang mencipta Penjana Angin Turbin Kecil.
TIGA sahabat dari UiTM yang mencipta Penjana Angin Turbin Kecil.
SEMUA peserta pertandingan bergambar kenangan.
SEMUA peserta pertandingan bergambar kenangan.
Oleh Ruhaiza Rusmin

Bosch, pembekal teknologi dan perkhidmatan terkemuka global, menganugerahkan pasukan H&F Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai juara dalam cabaran 'Inovasi dalam Kampus' Bosch 2014, baru-baru ini.

Pertandingan edisi kedua ini bertujuan memupuk minat terhadap inovasi dan teknologi dalam kalangan siswa tempatan.

Pasukan dari UKM itu mengagumkan hakim dengan idea 'Bus-On-Spot' (BOS) iaitu aplikasi pengesan waktu operasi bas yang mampu membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan bas dalam kampus.

Ketua pasukan H&F UKM, Ngan Eng Heng berkata, pertandingan itu mencabar keupayaan mereka menghasilkan ciptaan yang menepati kehendak penganjur.

"Cabaran yang diberikan sengit dan kami tidak sangka akan muncul pemenang.

"Pertandingan ini bukan saja memerlukan kami membuat pelbagai kajian, malah sokongan antara satu sama lain bagi menghasilkan ciptaan terbaik.

"Kemenangan ini membalas kembali usaha dan penat lelah kami sebelum ini," katanya.

Dengan mewujudkan aplikasi percuma untuk mengesan operasi bas di UKM, pengguna aplikasi BOS dapat merancang masa perjalanan dengan lebih baik di samping meningkatkan kecekapan perkhidmatan bas untuk manfaat warga kampus.

Tempat kedua diraih Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan ciptaan Penjana Angin Turbin Kecil manakala ketiga juga dari UKM menerusi Kipas Kuasa Solar Eko Hijau.

Pertandingan itu bertujuan memupuk semangat inovasi dan kreativiti dalam kalangan siswa.

Dilancarkan pada September, 'Inovasi dalam Kampus' Bosch tahun ini menyaksikan penyertaan pelbagai pasukan daripada institusi pengajian tinggi (IPT) antaranya Universiti Malaya, Kolej Universiti KDU dan HELP Pusat Seni dan Teknologi (HELP CAT).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:03 AM