Bintang Bollywood ini mendapat perhatian luar biasa daripada heronya dalam filem XXX: The Return Of Xander Cage, iaitu Vin Diesel. Pada satu sesi temu bual, Diesel menyingkap memorinya ketika berada di lokasi filem itu dengan Deepika.

“Saya amat senang dan suka bekerja dengan Deepika dan kami serasi di lokasi. Setiap detik bersama sangat indah dan saya akan sentiasa mengingatinya. Kasih sayang saya kepadanya sukar nak diungkapkan dengan kata-kata,” kata Diesel.

Menurut aktor Hollywood itu lagi, dia masih ingat ketika kali pertama berjumpa Deepika.

“Sebenarnya Deepika datang ke Hollywood untuk uji bakat filem Fast 7. Bagaimanapun, dia seorang pelakon yang sangat bagus dan terdapat keserasian antara kami berdua, jadi dia diambil berlakon untuk XXX: The Return Of Xander Cage. Saya bangga kerana dapat berlakon di sampingnya dalam filem Hollywood pertama lakonannya.

“Filem itu akan memperkenalkannya di seluruh dunia dan satu lagi bintang gemerlapan muncul daripada India untuk mencipta nama di Hollywood,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 5:01 AM