Anggota bomba yang terbabit dalam operasi SAR Lelaki warga Australia berusia 26 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Oktober lalu. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba yang terbabit dalam operasi SAR Lelaki warga Australia berusia 26 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Oktober lalu. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah

Miri: Lelaki warga Australia berusia 26 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Oktober lalu masih belum ditemui setakat 5 petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, operasi mencari dan menyelamat(SAR)hari ini turut melibatkan kawasan Sungai Baram sehingga Tutuh Apoh selain pencarian di puncak Gunung Mulu.

Menurutnya, sehingga jam 5 petang tadi, tiada sebarang perkembangan dan operasi akan diteruskan esok dengan kekuatan 63 anggota SAR membabitkan pelbagai agensi dan sukarelawan.

Andrew James Gaskell dilaporkan hilang pada 20 Oktober lalu apabila tidak pulang ke tempat penginapannya, bagaimanapun, laporan polis dibuat pada 26 Oktober lalu iaitu seminggu selepas kehilangannya.

Ayah mangsa, David Andrew Gaskell,54, dan adik mangsa, Benjamin Keith Gaskell,24, turut terbabit dalam operasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 8:01 PM