MATA (tengah) jaring gol kemenangan United pada minit ke-54. FOTO  Reuters
MATA (tengah) jaring gol kemenangan United pada minit ke-54. FOTO Reuters
AFP

Manchester, England: Jaringan tunggal Juan Mata pada babak kedua membantu Manchester United menang 1-0 ke atas penyandang juara Manchester City awal pagi semalam ketika anak buah Jose Mourinho memastikan tempat ke suku akhir Piala Liga Inggeris.

Diaibkan 4-0 oleh bekas kelab Mourinho, Chelsea hujung minggu lalu, United kembali mencatat kemenangan dan membalas dendam kekalahan 1-2 kepada City kendalian Pep Guardiola pada pertembungan jiran setempat bulan lalu.

Keputusan di Old Trafford itu memberikan Mourinho kemenangan ketiganya dalam 13 pertemuan dengan Guardiola, yang kini menempuh enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan buat kali pertama dalam karier pengurusan yang gemilang.

“Pemain melakukan segala-galanya dan berhak menang. Kami gembira,” ujar Mourinho.

“Minggu lalu semuanya tidak menyebelahi kami, tapi kami pemain profesional.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 8:10 AM