1. PERGERAKAN di atas papan aerobik melatih keseimbangan tubuh. Berdiri tegak dengan kedua-dua tangan terbuka luas. Sebelah kaki diangkat ke belakang.
1. PERGERAKAN di atas papan aerobik melatih keseimbangan tubuh. Berdiri tegak dengan kedua-dua tangan terbuka luas. Sebelah kaki diangkat ke belakang.
2. ANGKAT sebelah kaki sambil kedua-dua tangan di hadapan. Tukar kaki kanan dan kiri berselang-seli.
2. ANGKAT sebelah kaki sambil kedua-dua tangan di hadapan. Tukar kaki kanan dan kiri berselang-seli.
3. BERDIRI sambil kedua-dua tangan dibuka luas, angkat satu kaki ke sisi. Lakukan pergerakan sama untuk sebelah kaki lagi. Rasai keseimbangan tubuh badan anda.
3. BERDIRI sambil kedua-dua tangan dibuka luas, angkat satu kaki ke sisi. Lakukan pergerakan sama untuk sebelah kaki lagi. Rasai keseimbangan tubuh badan anda.
4. ANGKAT sebelah kaki ke hadapan dengan gaya seperti menyepak, tukar kaki kanan dan kiri berulang-ulang. Ia menjadikan otot kaki lebih kuat.
4. ANGKAT sebelah kaki ke hadapan dengan gaya seperti menyepak, tukar kaki kanan dan kiri berulang-ulang. Ia menjadikan otot kaki lebih kuat.
5. DALAM posisi tekan tubi, kedua-dua tangan di atas papan. Lakukan secara berulang-ulang.
5. DALAM posisi tekan tubi, kedua-dua tangan di atas papan. Lakukan secara berulang-ulang.
6. SEBELAH kaki di atas papan manakala sebelah lagi diluar. Jatuhkan kaki kiri kemudian tukar kaki kanan. Senaman ini bagus untuk mengecilkan paha dan kaki anda.
6. SEBELAH kaki di atas papan manakala sebelah lagi diluar. Jatuhkan kaki kiri kemudian tukar kaki kanan. Senaman ini bagus untuk mengecilkan paha dan kaki anda.
7. PERGERAKAN sebegini juga membantu membentuk keseimbangan tubuh. Lakukan dalam masa dua saat dan tahan sebelum menukar kepada tangan kiri.
7. PERGERAKAN sebegini juga membantu membentuk keseimbangan tubuh. Lakukan dalam masa dua saat dan tahan sebelum menukar kepada tangan kiri.
Siti Zarinah Sahib


Alunan muzik rancak seiring pergerakan peserta menjadikan suasana sangat riang dan ceria. Berbanding bersenam secara berseorangan, senaman aerobik bukan saja memberikan kelainan kerana dilakukan bersama-sama tetapi juga lebih fokus serta membabitkan penggunaan otot secara menyeluruh.

Ia satu bentuk metabolisme membabitkan tenaga serta sukan yang amat menyeronokkan kerana diiringi muzik rancak. Aerobik ialah jenis senaman kardiovaskular yang memaksa jantung dan paru-paru bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses penurunan berat badan.

Menurut Jurulatih Kecergasan Bangi Fitness Norhaizum Mohamed, setiap senaman diiringi muzik yang membantu peserta menyegarkan minda dan fikiran sekali gus menimbulkan keseronokan. Setiap pergerakan pula berbeza-beza dan tidak menjurus kepada pergerakan yang sama.

“Pergerakan seragam ini menjadikan peserta tidak bosan. Malah keseronokan mula terasa apabila ia dapat dilakukan berkali-kali menjadikan peserta mahir dan ia seakan-akan tarian menghiburkan,” katanya.

Selain dilakukan di pusat kecergasan, aerobik juga boleh dibuat di rumah dengan membeli video cakera padat dan mengikuti pergerakan di rumah. Ia satu cara mudah untuk membakar kalori kerana apabila melakukannya, pergerakan dengan iringan muzik akan mengalihkan fokus minda kepada keadaan menenangkan dan mengelakkan diri daripada bosan.

“Menjadi kebiasaan individu mudah bosan apabila melakukan senaman yang sama misalnya berjoging setiap hari atau melakukan pergerakan sama di gimnasium. Namun menerusi aerobik, ia menjadikan senaman lebih menarik dilakukan dan pada masa sama mampu mencapai tujuan menurunkan berat badan,” katanya.

Katanya, manusia memerlukan kadar metabolisme yang tinggi untuk membantu proses penurunan berat badan. Senaman aerobik ialah salah satu pergerakan yang boleh meningkatkan kadar metabolisme kerana ia membabitkan pergerakan seluruh badan, penggunaan otot badan akan memaksa jantung bergerak dengan pantas, seterusnya membakar kalori di dalam badan.

Selain itu, aerobik dapat meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan koordinasi dan gaya jalan, meningkatkan tenaga dan stamina untuk melakukan tugasan harian, mempertingkatkan kawalan glukosa dan menguatkan tulang serta sistemnya.

“Bagi wanita, aerobik menjadikan mereka lebih bertenaga dan aktif dalam melakukan aktiviti fizikal serta tidak berasa cepat penat. Semua perkara ini akan membawa kepada peningkatan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Bagi yang bekerja di pejabat dan di rumah, aerobik menjadikan mereka lebih sihat dan melakukan kerja rumah dengan mudah,” katanya.

Pergerakan secara cepat, memberikan manfaat untuk tulang dan sendi serta mengelak mendapat penyakit osteoporosis. Malah bukan itu saja mereka yang sering melakukan aerobik mendapati kulit lebih muda dan tegang. Ini kerana darah mengalir lancar serta kadar perpeluhan menyebabkan pori-pori terbuka dan menyebabkan kulit menjadi lebih halus dan bermaya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 12:48 PM